Covid-19: MyFundAction Perak jejaki asnaf terputus bekalan makanan

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Orang ramai diminta menyalurkan maklumat membantu sebuah pertubuhan bukan kerajaan, MyFundAction Perak menjejaki golongan asnaf dan pelajar universiti yang terputus bekalan keperluan harian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam satu kenyataan, MyFundAction Perak berkata, maklumat boleh disalurkan menerusi laman media sosial Instagram MyFundAction Perak dan foodforhunger.official atau menghubungi talian 01110606255.

"Ada antara mereka yang tidak dapat bekerja dan terputus sumber pendapatan, tidak dapat menyediakan makanan di rumah.

"Jadi mereka yang mempunyai maklumat, tanpa mengira bangsa dan agama boleh tampil bersama-sama kami bantu menyediakan keperluan harian untuk mereka," katanya.

Kerajaan awal minggu ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini, 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Artikel Berkaitan: