Budak lima tahun maut diterkam harimau bintang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut diterkam harimau bintang di Gondia, Maharashtra, India.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut diterkam harimau bintang di Gondia, Maharashtra, India.
A
A
A

GONDIA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas diterkam seekor harimau bintang di sebuah kampung di daerah Gondia, Maharashtra, India, kata seorang pegawai hutan pada Jumaat.

Kejadian itu berlaku di Kampung Sanjaynagar, tehsil Arjuni Morgaon, yang terletak dalam kawasan hutan Gothangaon, pada awal pagi Khamis, menurut pegawai berkenaan.

Mangsa, Ansh Prakash Mandal, keluar dari rumah bersama neneknya apabila seekor harimau bintang tiba-tiba menyerang dan menyeretnya pergi.

Ahli keluarga serta penduduk kampung mengejar ke arah laluan haiwan itu.

Harimau bintang tersebut kemudian meninggalkan mangsa yang cedera parah dan melarikan diri ke dalam hutan.

Mangsa segera dibawa ke hospital kerajaan, namun disahkan meninggal dunia.

Berang dengan insiden itu, penduduk kampung mengadakan bantahan di Jalan Navegaonbandh-Keshori, malah ada yang merosakkan kereta milik seorang pegawai hutan.

Pegawai hutan kanan tiba di lokasi untuk menenangkan keadaan, sebelum bantahan tersebut akhirnya ditarik balik.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut diterkam harimau bintang di Gondia, Maharashtra, India
  • Kejadian berlaku di Kampung Sanjaynagar dalam kawasan hutan Gothangaon
  • Ansh Prakash Mandal diserang ketika keluar rumah bersama neneknya
  • Harimau itu meninggalkan mangsa cedera parah dan melarikan diri ke hutan
  • Penduduk kampung mengadakan bantahan dan merosakkan kereta seorang pegawai hutan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!