Lelaki menangis didakwa cuba bunuh empat anggota polis di R&R

Bapa lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan cuba membunuh empat anggota polis dalam kejadian tembakan di Behrang, minggu lalu.
Bapa lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan cuba membunuh empat anggota polis dalam kejadian tembakan di Behrang, minggu lalu.
A
A
A

TELUK INTAN – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan cubaan membunuh empat anggota polis dengan cuba melanggar mereka dalam kejadian di Behrang, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Ameerul Asraf Mohd Saipul, 35, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.

Sebelum prosiding bermula, tertuduh dilihat menangis di kandang tertuduh sehingga terpaksa ditenangkan oleh isterinya yang sedang hamil lima bulan.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan terhadap empat anggota polis, iaitu Mohd Azizul Yahya, Muhammad Lokman Nulhakim Mahdhir, S Muniya Kaunden dan Noor Azam Man.

Sebelum prosiding bermula, tertuduh dilihat menangis di kandang tertuduh sehingga terpaksa ditenangkan oleh isterinya yang sedang hamil lima bulan.
Sebelum prosiding bermula, tertuduh dilihat menangis di kandang tertuduh sehingga terpaksa ditenangkan oleh isterinya yang sedang hamil lima bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Behrang arah selatan dalam daerah Muallim kira-kira jam 11 pagi pada 20 September 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan tidak menawarkan sebarang jaminan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Nur Shaqira Ibrahim memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan minimum memandangkan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga.

Menurutnya, tertuduh yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap menanggung lima anak berusia antara dua hingga sembilan tahun manakala isterinya kini hamil lima bulan anak keenam.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali sebulan.

Mahkamah turut menetapkan 31 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Terdahulu, media melaporkan bahawa polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Manjung selepas mengejar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz sejauh lebih 60 kilometer.

Dalam kejadian itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah terserempak dengan kenderaan dipandu suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pahang, Tapah.

Difahamkan, suspek enggan memberhentikan kenderaan dan memecut melalui Plaza Tol Tapah menghala ke Kuala Lumpur untuk melarikan diri.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kenderaan suspek dikejar sehingga ke Hentian Sebelah Behrang dan pihaknya terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebelum berjaya memberkas suspek.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas cubaan membunuh empat anggota polis di Teluk Intan
  • Tertuduh, Mohd Ameerul Asraf Mohd Saipul, 35, menangis di mahkamah dan ditenangkan oleh isterinya yang hamil lima bulan
  • Bapa lima anak itu didakwa melakukan cubaan membunuh berhampiran stesen minyak di Behrang
  • Tertuduh tidak menawarkan jamin kerana keseriusan kes tetapi kelak dibenarkan jamin RM10,000 dengan syarat melaporkan diri bulanan
  • Kes ini berlaku selepas kejar mengejar suspek pecah rumah menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!