Arab Saudi halang lebih 269,000 individu masuk Makkah

Anggota pasukan perubatan membantu seorang jemaah yang terjejas akibat panas terik di kaki Bukit Arafah semasa ibadah haji tahunan pada tahun lalu. Foto AFP
Anggota pasukan perubatan membantu seorang jemaah yang terjejas akibat panas terik di kaki Bukit Arafah semasa ibadah haji tahunan pada tahun lalu. Foto AFP
A
A
A

MAKKAH – Pihak berkuasa Arab Saudi telah menghalang lebih 269,000 individu daripada memasuki Makkah tanpa permit sah menjelang ibadah haji tahunan, bagi mengawal kesesakan dan mengelakkan tragedi yang pernah berlaku sebelum ini melibatkan jemaah tidak berdaftar.

Menurut pegawai, pelanggaran permit sebelum ini merupakan antara penyebab utama kesesakan yang membawa kepada kematian ramai jemaah.

Pada tahun lalu, lebih 1,300 jemaah maut akibat suhu panas melampau yang mencecah 51.8 darjah Celsius, dengan kebanyakan daripada mereka terdiri daripada jemaah yang tidak berdaftar.

Ibadah haji tahun ini bermula minggu ini dan Kementerian Kesihatan Arab Saudi melaporkan telah merawat 44 kes strok haba setakat ini, dengan kira-kira 1.4 juta jemaah sudah tiba di Tanah Suci.

Walaupun suhu dijangka tidak setinggi tahun lalu, ia tetap melebihi 40 darjah Celsius sepanjang musim haji.

Timbalan Menteri Kesihatan, Abdullah Asiri berkata, pihak berkuasa sudah bersiap sedia menghadapi 'senario terburuk' termasuk penyakit berkaitan panas kerana musim haji kali ini dijangka berdepan dengan suhu ekstrem.

“Kami memberi tumpuan kepada penyakit berkaitan haba kerana musim haji bersamaan dengan suhu yang sangat panas,” katanya.

Sebagai persiapan menghadapi kecemasan kesihatan, kementerian telah menggerakkan lebih 50,000 petugas perubatan dan pentadbiran serta menyediakan lebih 700 katil hospital lengkap dengan alat bantuan pernafasan bagi kes kritikal.

Ibadah haji adalah salah satu daripada lima Rukun Islam dan merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa Arab Saudi menyeru semua jemaah supaya mematuhi peraturan dan langkah keselamatan demi memastikan ibadah haji berlangsung dengan lancar dan selamat. – Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!