Pemergian Mufti Besar Arab Saudi kehilangan besar buat umat Islam - Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh sebagai kehilangan besar seorang ulama yang banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, bagi pihak rakyat Malaysia, beliau merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang turut merasai kehilangan besar itu.
"Kita kehilangan seorang ulama besar yang cakna dengan ilmu dan hikmah yang telah banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.
"Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama para anbiya' dan solihin. Al-Fatihah," katanya dalam hantaran itu.
Semalam, Agensi Berita Arab Saudi melaporkan Mahkamah Diraja mengumumkan bahawa Sheikh Abdulaziz yang menyandang jawatan itu sejak 1999 meninggal dunia.
Sheikh Abdulaziz, 82, dianggap antara ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam bidang ilmu serta memberi khidmat besar kepada Islam dan umatnya. - Bernama
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh sebagai kehilangan besar kepada dunia Islam
- Anwar merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia
- Sheikh Abdulaziz banyak berjasa dengan ilmu dan hikmah kepada umat Islam
- Beliau telah meninggal dunia seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Arab Saudi
- Sheikh Abdulaziz, yang berusia 82 tahun dan menyandang jawatan sejak 1999, dianggap sebagai ulama terkemuka yang memberi sumbangan besar kepada Islam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
