Tentera Israel maut ditembak penembak tepat di Gaza

Shimon Demalash. - Foto: Agensi
Shimon Demalash. - Foto: Agensi
A
A
A

GAZA – Seorang tentera Israel terbunuh dalam serangan penembak tepat oleh Hamas di Bandar Gaza pada Rabu, umum Tentera Pertahanan Israel (IDF) pada pagi Khamis.

Anggota berkenaan dikenal pasti sebagai Staf Sarjan Chalachew Shimon Demalash, 21, daripada Batalion Ke-932 Briged Nahal berasal dari Beersheba.

Menurut siasatan awal IDF, Demalash sedang bertugas di sebuah menara kawalan di kem tentera apabila terkena tembakan.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa di media sosial dengan menyifatkan negara “menghormati keberaniannya dan berdiri bersama keluarga pada saat sukar ini.”

Kematian Demalash menjadikan jumlah korban IDF dalam operasi baharu di Bandar Gaza meningkat kepada dua manakala jumlah keseluruhan korban Israel sejak perang dengan Hamas bermula kini mencecah 471 orang, termasuk dua anggota polis dan tiga kontraktor awam Kementerian Pertahanan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan lebih 65,000 orang terbunuh atau dipercayai terkorban sejak perang bermula. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang tentera Israel terbunuh dalam serangan penembak tepat oleh Hamas di Bandar Gaza
  • Anggota berkenaan dikenal pasti sebagai Staf Sarjan Chalachew Shimon Demalash dari Batalion Ke-932 Briged Nahal, asal Beersheba
  • Demalash terkena tembakan ketika bertugas di menara kawalan di kem tentera
  • Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa
  • Kematian Demalash meningkatkan jumlah korban IDF dalam operasi baharu di Bandar Gaza kepada dua, jumlah keseluruhan korban Israel sejak perang bermula ialah 471 orang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!