71 terbunuh dalam serangan terkini di Gaza, angka korban lebih 65,000

GAZA - Sekurang-kurangnya 71 rakyat Palestin, termasuk lima individu yang sedang mendapatkan bantuan makanan, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza.
Selain itu, sebanyak 304 individu cedera dalam serangan yang menyasarkan kawasan penempatan awam dan laluan bantuan.
Empat lagi mayat turut ditemui di bawah runtuhan serangan terdahulu, menjadikan jumlah korban semakin meningkat.
Menurut statistik rasmi, perang Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meragut nyawa 65,283 orang dan mencederakan 166,575 lagi, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan Gaza turut melaporkan bahawa lebih 2,500 rakyat Palestin telah terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan sejak Mei lalu, termasuk akibat serangan ke atas trak bantuan dan pusat agihan makanan.
Situasi kemanusiaan di Gaza terus meruncing, dengan ribuan penduduk masih terperangkap tanpa akses kepada makanan, air bersih dan rawatan perubatan.
Beberapa kawasan kini diisytiharkan dalam keadaan kebuluran rasmi oleh agensi antarabangsa. - Awani
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 71 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke Gaza
- Sebanyak 304 individu cedera dalam serangan tersebut
- Empat lagi mayat ditemui di bawah runtuhan serangan terdahulu
- Sejak 7 Oktober 2023, perang Israel-Gaza telah meragut nyawa 65,283 orang dan mencederakan 166,575 lagi
- Lebih 2,500 rakyat Palestin telah terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan sejak Mei lalu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
