Ahmad Musa pertahan Ardell, tetap kuat jalani misi GSF meskipun diuji demam

Ardell Aryana tetap kuat jalani misi kemanusian walaupun diuji dengan demam. Foto Facebook Musa Nuwayri
Ardell Aryana tetap kuat jalani misi kemanusian walaupun diuji dengan demam. Foto Facebook Musa Nuwayri
A
A
A

SHAH ALAM - Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri tampil mempertahankan pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana yang didakwa lemah serta tidak layak menyertai misi kemanusian ke Gaza kerana tidak cukup 'fit'.

Menurut Ahmad Musa, dakwaan tersebut tidak benar kerana Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, adalah seorang yang sangat kuat dan bersemangat tinggi ketika berada di lapangan.

Beliau memberitahu, Ardell yang merupakan salah seorang peserta Global Sumud Flotilla (GSF) tetap berusaha melaksanakan tugasnya di atas kapal meskipun diuji dengan demam,

"Dia menjadi antara sosok yang paling mencuri tumpuan dalam misi kali ini. Ada yang meremehkan. Katanya Kak Ardell lemah, tidak layak sertai misi ini kerana tak cukup fit.

"Sedangkan dia sangat kuat. Bahkan masa diuji dengan demam, dia masih berusaha untuk jalankan tugasannya di atas kapal," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Menurutnya, aktivis kemanusian terbabit juga tetap bertegas ingin bertahan dan meneruskan hasratnya untuk meneruskan misi hingga sampai ke Gaza.

"Ketika doktor menyarankan agar dia pulang, berkali-kali dia hubungi saya dan sebut, 'Saya masih boleh bertahan, saya nak teruskan sampai ke bumi G’,” menurut Ahmad Musa lagi.

Beliau turut menjelaskan, Ardell akhirnya kembali ke botnya dalam keadaan penuh semangat untuk meneruskan perjuangan bersama pasukan selepas beberapa hari berehat di bot lain.

"Kembali dalam keadaan penuh semangat! Sedang mereka yang menghina dan mengecam, masih setia di hadapan telefon bimbit, tanpa pernah memberi sebarang manfaat buat ummah, " ujarnya dalam hantaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri mempertahankan Ardell Aryana dari dakwaan lemah dan tidak layak untuk misi kemanusiaan ke Gaza
  • Ardell Aryana dinyatakan sebagai orang yang kuat dan bersemangat tinggi ketika berada di lapangan
  • Walaupun diuji dengan demam, Ardell tetap melaksanakan tugasnya di atas kapal semasa menjadi peserta Global Sumud Flotilla
  • Ardell berkeras mahu meneruskan misi ke Gaza walaupun disarankan pulang oleh doktor
  • Setelah berehat beberapa hari, Ardell kembali dengan semangat penuh untuk meneruskan perjuangan bersama pasukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!