ABIM Perak bimbang penglibatan penjawat awam dalam rasuah

Mohammad Saifuddin.
Mohammad Saifuddin.
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Perak melahirkan kebimbangan dengan penglibatan kakitangan awam dalam aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilaporkan media, baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Mohammad Saifuddin Abdul Latiff berkata, dalam era digital kini, rasuah bukan sahaja melemahkan ekonomi tetapi menghancurkan keyakinan rakyat terhadap institusi.

"Kes pertama melibatkan seorang guru besar dan ketua pembantu tadbir disyaki mengemukakan tuntutan baucar palsu bernilai RM45,000 berkaitan pembekalan makanan di sekolah serta seorang Penolong Pegawai Perancang Bandar di sebuah PBT di Perak ditahan kerana menerima suapan RM2,000 daripada pemilik premis sebagai dorongan untuk mengelakkan tindakan undang- undang.

"Islam menolak keras perbuatan rasuah, penipuan dan salah guna kuasa yang mana setiap amanah sama ada kewangan sekolah atau kuasa penguatkuasaan PBT tidak boleh diperdagangkan demi kepentingan peribadi.

"Rasulullah SAW turut bersabda 'laknat ALLAH ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah' (HR Ahmad, Abu Dawud & al-Tirmizi). Hadis ini jelas menunjukkan bahawa rasuah bukan sahaja satu jenayah undang-undang, tetapi juga dosa besar yang merosakkan keberkatan rezeki dan keadilan sosial," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohammad Saifuddin berkata, pengukuhan integriti penjawat awam perlu dilakukan dengan latihan berkala berasaskan integriti dan etika Islam termasuk warga sekolah.

"Semua tuntutan kewangan sekolah dan jabatan kerajaan mesti melalui platform digital bersepadu yang diaudit secara berkala serta penggunaan 'blockchain-based record system' untuk mengelakkan manipulasi dokumen tuntutan.

"Dalam memperkukuhkan mekanisme aduan rakyat, perlindungan 'whistleblower' wajar diperluaskan supaya rakyat dan kakitangan awam berani melapor salah laku dan membuka saluran aduan integriti secara mesra rakyat di peringkat daerah," katanya.

Tambahnya, agensi penguat kuasa juga dicadangkan untuk membuat pengumuman terbuka hasil siasatan agar rakyat melihat ketelusan dan keadilan ditegakkan.

Artikel Berkaitan:

"Semua pihak sama ada pemerintah, penjawat awam, guru, penguatkuasa, dan rakyat untuk kembali kepada asas takwa dan integriti.

"Inilah benteng utama mengekang rasuah yang boleh meruntuhkan masyarakat dan negara," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • ABIM Perak bimbang dengan penglibatan kakitangan awam dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa
  • Rasuah melemahkan ekonomi dan menghancurkan keyakinan rakyat terhadap institusi
  • Kes rasuah melibatkan guru besar dan Penolong Pegawai Perancang Bandar dengan tuntutan baucar palsu dan suapan
  • Pengukuhan integriti penjawat awam melalui latihan berkala berasaskan integriti dan etika Islam disarankan
  • Perlindungan whistleblower diperluaskan untuk memperkukuhkan mekanisme aduan rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!