SPRM disaran wujud protokol khas umum status kes besar

Bibi Sunita
Bibi Sunita
A
A
A

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicadangkan mewujudkan satu protokol khas bagi mengumumkan status siasatan kes besar untuk mengelakkan kekeliruan dan persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

Pengerusi Pertubuhan Negarawati Tanahair (Negarawati), Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, komunikasi yang telus amat penting bagi memastikan SPRM dilihat benar-benar bebas dan berintegriti.

Beliau berpandangan, taklimat diberikan suruhanjaya terbabit juga mestilah lebih mendalam namun tidak menjejaskan siasatan apabila sesuatu keputusan besar dibuat.

“Selain itu, setiap siasatan wajib dijalankan berdasarkan bukti kukuh dan bukannya arahan tertentu ataupun desakan politik.

“Keputusan sama ada mendakwa atau tidak perlu dibuat bersama Jabatan Peguam Negara dengan asas undang-undang yang mantap,” katanya.

Bibi Sunita turut menegaskan mekanisme dalaman seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Panel Pemeriksa Aktiviti Siasatan SPRM (PPASR) perlu berfungsi dengan bebas serta berkesan dalam menyemak keputusan suruhanjaya itu.

Beliau berpandangan, jika langkah-langkah tersebut dilaksanakan secara konsisten, keyakinan rakyat terhadap SPRM akan pulih dan pada masa sama memperkukuh usaha negara memerangi rasuah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dicadangkan mewujudkan protokol khas untuk mengumumkan status siasatan kes besar
  • Pengerusi Pertubuhan Negarawati Tanahair menekankan kepentingan komunikasi yang telus untuk memastikan SPRM dilihat bebas dan berintegriti
  • Setiap siasatan harus berdasarkan bukti kukuh dan bukan atas arahan tertentu atau desakan politik
  • Keputusan mendakwa atau tidak harus dibuat bersama Jabatan Peguam Negara berdasarkan undang-undang yang mantap
  • Mekanisme dalaman seperti PAC dan PPASR harus berfungsi bebas dan berkesan dalam menyemak keputusan SPRM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!