Mak cik dah tua pun nak mencuri ke? - Wanita curi dompet dalam troli dikesan

Perbuatan itu sempat dirakam menerusi rakaman CCTV di lokasi kejadian.
Perbuatan itu sempat dirakam menerusi rakaman CCTV di lokasi kejadian.
A
A
A

JEMPOL – “Mak cik dah tua pun nak mencuri ke?” Itu persoalan dibangkitkan orang ramai susulan kejadian kecurian melibatkan seorang wanita dipercayai berusia lingkungan 50-an di sebuah pusat perniagaan Kiara Bahau di sini.

Kejadian berlaku pada Ahad lalu kira-kira jam 1 tengah hari dan tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan wanita berkenaan mengambil sebuah dompet yang ditinggalkan dalam troli oleh mangsa.

Difahamkan, insiden berlaku ketika mangsa sedang membeli-belah di sebuah premis pakaian.

Mangsa dilaporkan telah meninggalkan dompetnya di dalam troli sebelum bergerak ke arah suaminya untuk melihat pakaian.

Apabila pengadu kembali semula ke troli tersebut, dia mendapati dompetnya telah tiada.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek, dipercayai wanita berusia sekitar 50-an, telah mengambil dompet tersebut sebelum beredar dari lokasi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengenali suspek diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Wanita berusia 50-an mencuri dompet di pusat perniagaan Kiara Bahau
  • Kejadian berlaku pada Ahad jam 1 petang dan tular di media sosial
  • Mangsa meninggalkan dompet dalam troli semasa membeli-belah
  • Rakaman CCTV memaparkan suspek mengambil dompet tersebut
  • Polis mengesahkan laporan dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!