Bayi dijumpai di hutan, mulut disumbat batu dan digam

Bayi terbabit terselamat apabila ditemui seorang pengembala ternakan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. - Foto: Agensi
Bayi terbabit terselamat apabila ditemui seorang pengembala ternakan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. - Foto: Agensi
A
A
A

RAJASTHAN – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di kawasan hutan dalam keadaan menyayat hati apabila mulutnya dilekatkan dengan gam dan disumbat seketul batu.

Menurut laporan portal NDTV, insiden itu berlaku di kawasan Balai Polis Bijolia, daerah Bhilwara, berhampiran Kuil Sita Kund.

Difahamkan, tindakan memasukkan batu ke dalam mulut bayi berkenaan dipercayai bertujuan menghalangnya daripada menangis dan menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, bayi terbabit terselamat apabila ditemui oleh seorang pengembala ternakan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Pengembala tersebut segera mengeluarkan batu dari mulut bayi itu sebelum menghantarnya ke hospital kerajaan berdekatan untuk rawatan lanjut.

Menurut pihak hospital, bayi terbabit kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.

Polis memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapa bayi terbabit.

Antara langkah yang diambil termasuk meneliti laporan kelahiran di hospital sekitar serta menemu bual penduduk kampung berhampiran.

Kes ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat yang mengutuk perbuatan tersebut sebagai satu jenayah yang tidak berperikemanusiaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di kawasan hutan dengan mulutnya dilekatkan dengan gam dan disumbat seketul batu
  • Insiden ditemukan di kawasan Balai Polis Bijolia, daerah Bhilwara, berhampiran Kuil Sita Kund
  • Tindakan tersebut dipercayai bertujuan menghalang bayi daripada menangis dan menarik perhatian orang ramai
  • Seorang pengembala ternakan menjumpai bayi tersebut dan menghantarnya ke hospital kerajaan untuk rawatan
  • Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa bayi tersebut dan kes menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!