Mayat lelaki ditemui dengan kesan kecederaan dipercayai dibunuh

Suasana sekitar kawasan Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, gempar pada Khamis dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh.
Suasana sekitar kawasan Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, gempar pada Khamis dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh.
A
A
A

KLANG – Suasana sekitar kawasan Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, gempar pada Khamis dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh.

Mangsa yang merupakan warga tempatan itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan kecederaan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penemuan mayat tersebut dimaklumkan orang awam kira-kira jam 3.30 pagi.

"Siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia sekitar 33 tahun.

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian tubuh mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

"Siasatan berkaitan kes ini masih dijalankan dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Chua Chong Kheow di talian 019-4217868 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di 03-3291 2222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!