Skor 75 dalam laporan GSMA bukti tadbir urus data negara kukuh - Nie Ching

Nie Ching berucap pada Majlis Pelancaran Digital Nation Summit Kuala Lumpur (ASEAN Edition) 2025 di Hotel Westin pada Selasa. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Nie Ching berucap pada Majlis Pelancaran Digital Nation Summit Kuala Lumpur (ASEAN Edition) 2025 di Hotel Westin pada Selasa. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat skor 75 dalam laporan GSMA Digital Nation ASEAN tahun ini, sekali gus mengiktiraf kekuatan tadbir urus data, perlindungan privasi dan usaha membina kepercayaan digital negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, rekod itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan siber serta memastikan rakyat dapat menikmati ekosistem digital yang lebih selamat.

Nie Ching (lapan dari kanan) bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Digital Nation Summit Kuala Lumpur (Edisi ASEAN) 2025 di Hotel Westin pada Selasa. Turut bersama Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (lapan dari kiri). Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Kepercayaan adalah asas kepada negara digital dan bagi ASEAN, ia bermakna memastikan privasi data, memperkukuh keselamatan siber serta melindungi rakyat daripada ancaman baharu.

"Pada masa sama, kita perlu memupuk persekitaran yang membolehkan perniagaan dan rakyat berasa selamat untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Digital Nation Summit Kuala Lumpur (Edisi ASEAN) 2025 di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, Malaysia telah melaksanakan pindaan pertama Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas 26 tahun bagi mengekang ancaman dalam talian termasuk penipuan, perjudian haram, buli siber serta eksploitasi seksual kanak-kanak.

Menurutnya, pindaan itu memperkenalkan perlindungan baharu seperti sekatan mesej elektronik tanpa diminta yang sering dikaitkan dengan penipuan.

Artikel Berkaitan:

Nie Ching (lapan dari kanan) bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Digital Nation Summit Kuala Lumpur (Edisi ASEAN) 2025 di Hotel Westin pada Selasa. Turut bersama Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (lapan dari kiri). Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Nie Ching (lapan dari kanan) bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Digital Nation Summit Kuala Lumpur (Edisi ASEAN) 2025 di Hotel Westin pada Selasa. Turut bersama Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (lapan dari kiri). Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Selain itu, beliau memaklumkan, penggubalan Akta Keselamatan Siber 2024 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 dilakukan bagi melengkapkan undang-undang sedia ada dalam memastikan ekosistem digital lebih selamat serta terjamin.

"Kerajaan juga memperkenalkan kempen keselamatan internet peringkat kebangsaan pada Januari lalu bagi meningkatkan kesedaran literasi digital.

"Sehingga kini, kempen advokasi dan kesedaran itu telah mencapai lebih 150,000 rakyat Malaysia melibatkan pelajar sekolah, universiti, ibu bapa dan komuniti.

"Ini adalah langkah penting dalam memastikan setiap rakyat berupaya melindungi diri mereka daripada ancaman dalam talian," ujarnya.

Sementara itu, Nie Ching berharap negara ASEAN dapat memperkukuhkan kerjasama dalam usaha menangani cabaran keselamatan siber, penipuan serta tadbir urus teknologi kecerdasan buatan (AI).

Langkah tersebut menurutnya, penting untuk memastikan ASEAN kekal di barisan hadapan dalam industri ekonomi digital global.

"Kerjasama Persatuan GSM melalui MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan memperluaskan siri M360 ASEAN pada tahun depan sejajar visi ASEAN 2045 untuk membina komuniti berdaya tahan, inovatif dan berpusatkan rakyat," katanya.

Ringkasan AI

  • Malaysia mencatat skor 75 dalam laporan GSMA Digital Nation ASEAN tahun ini, mengiktiraf kekuatan tadbir urus data dan perlindungan privasi
  • Pindaan pertama Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dilaksanakan untuk mengekang ancaman dalam talian seperti penipuan dan buli siber
  • Perlindungan baru diperkenalkan termasuk sekatan mesej elektronik tanpa diminta untuk mengurangkan penipuan
  • Akta Keselamatan Siber 2024 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 dibangunkan bagi memperkuat keselamatan ekosistem digital
  • Kempen keselamatan internet peringkat kebangsaan dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran literasi digital, telah mencapai lebih 150,000 rakyat Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!