Kes saman fitnah masih dalam proses rayuan - Rafidah

Rafidah (tengah) ditemui ketika menyertai perjumpaan bersama penduduk setinggan di Jinjang Tambahan di sini pada Selasa
Rafidah (tengah) ditemui ketika menyertai perjumpaan bersama penduduk setinggan di Jinjang Tambahan di sini pada Selasa
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pempengaruh media sosial, Rafidah Ibrahim, 39, menjelaskan kes saman fitnah terhadap dirinya masih dalam proses rayuan di mahkamah.

Rafidah berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya urusan berkaitan saman berkenaan kepada peguam yang sedang menguruskan notifikasi serta proses lanjut di mahkamah.

“Kita tengah tunggu lawyer punya notifikasi... lawyer saya. Sebab kita bawa ke mahkamah rayuan, jadi bila-bila tarikh tu semua akan diberi. Semua masih dalam proses, saya tengah uruskan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kes saman fitnah terhadapnya ketika ditemui di Jinjang Tambahan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, menurut Rafidah, sehingga kini beliau belum menghantar sebarang maklum balas sebagai defendan, namun menegaskan perkara itu berada dalam proses rayuan.

“Sekarang dalam proses untuk merayulah. Kita memang dah bawa benda ni ke mahkamah rakyuan. Jadi selebihnya apa pun yang dah dikeluarkan, termasuk statement dikeluarkan semalam, itu semua dalam proses yang pihak lawyer saya tengah uruskan. Jadi setakat ni itulah semuanya,” jelasnya.

Pada Isnin, Rafidah diminta menjelaskan ganti rugi berjumlah RM281,200 dalam tempoh tujuh hari kepada ahli perniagaan, Datuk Haris Embong, 48, dan syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn Bhd, berhubung kes saman fitnah difailkan pada 2021.

Pada 31 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Rafidah membayar ganti rugi RM250,000 kepada plaintif, selain kos keseluruhan RM30,000 dan yuran peruntukan RM1,200, selepas mendapati hantaran dimuat naiknya di media sosial berunsur fitnah.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kes saman fitnah terhadap Rafidah Ibrahim masih dalam proses rayuan di mahkamah
  • Rafidah menyerahkan urusan berkaitan saman kepada peguamnya
  • Belum ada maklum balas sebagai defendan dari Rafidah kerana kes masih dalam proses rayuan
  • Rafidah diminta membayar ganti rugi RM281,200 kepada Datuk Haris Embong dan Arisprop Holdings
  • Mahkamah Tinggi mendapati hantaran Rafidah di media sosial berunsur fitnah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!