Kepala babi ditemui di sembilan masjid Perancis

Di luar Masjid Anwar El-Madina di Paris, tempat kepala babi ditemui pada awal pagi Selasa. - Foto AP
Di luar Masjid Anwar El-Madina di Paris, tempat kepala babi ditemui pada awal pagi Selasa. - Foto AP
A
A
A

PARIS - Ketegangan meningkat dalam komuniti Muslim Perancis selepas insiden mengejutkan melibatkan penemuan sembilan kepala babi yang dipotong dan diletakkan di hadapan masjid sekitar Paris dan kawasan pinggirannya.

Pihak berkuasa menyifatkan kejadian itu sebagai 'tindakan kebencian yang terancang' dan sedang menyiasat kemungkinan campur tangan asing.

Insiden berlaku pada awal pagi 9 September, apabila jemaah Masjid Javel di Paris mendapati kepala babi berlumuran darah di pintu masuk, dengan nama “Macron” ditulis menggunakan dakwat biru.

Tidak lama kemudian, polis mengesahkan bahawa lapan lagi masjid turut menjadi sasaran, termasuk di Montreuil dan Oberkampf. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketegangan meningkat dalam komuniti Muslim Perancis selepas penemuan sembilan kepala babi di masjid sekitar Paris
  • Kejadian itu disifatkan sebagai tindakan kebencian yang terancang
  • Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan campur tangan asing
  • Insiden berlaku pada awal pagi 9 September dengan kepala babi berlumuran darah dan nama "Macron" ditulis pada salah satu kepala
  • Lapan lagi masjid di kawasan seperti Montreuil dan Oberkampf juga menjadi sasaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!