Suspek samun warga emas direman tujuh hari, miliki 17 rekod lampau

Suspek diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth pada Isnin.
Suspek diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth pada Isnin.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang penganggur direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun warga emas yang berlaku di Taman Kerapu di sini pada minggu lalu.

Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal membenarkan perintah reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek berusia 42 tahun tiba di Mahkamah Butterworth kira-kira jam 12 tengah hari dengan diiringi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Hasryman Osman.

Dalam kejadian 13 September lalu, mangsa berusia 88 tahun yang tinggal seorang diri didatangi seorang lelaki menaiki motosikal di hadapan rumahnya.

Suspek kemudian bertindak menolak mangsa hingga terjatuh sebelum melarikan dompet berisi wang tunai RM200, kad pengenalan serta lesen memandu.

Bertindak atas laporan mangsa, polis menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan suspek di Taman Mewah di sini pada jam 8 malam, Ahad.

Hasil semakan lanjut mendapati suspek turut disyaki terbabit dalam satu lagi kes samun melibatkan seorang warga emas berusia 82 tahun.

Hasil semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai 17 rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun warga emas di Taman Kerapu
  • Majistret membenarkan perintah reman mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan
  • Dalam kejadian, mangsa 88 tahun disamun dan kehilangan dompet berisi RM200
  • Suspek mempunyai 17 rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!