Pakar letak jawatan, operasi jantung di HRPZ II berjalan seperti biasa, bakal terima pakar baharu - KKM

Tular di laman sosial yang mendakwa pakar bedah jantung meletak jawatan sekali gus menyaksikan kes kritikal melibatkan pembedahan jantung di HRPZ II terpaksa dirujuk ke negeri lain.
Tular di laman sosial yang mendakwa pakar bedah jantung meletak jawatan sekali gus menyaksikan kes kritikal melibatkan pembedahan jantung di HRPZ II terpaksa dirujuk ke negeri lain.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan aktiviti klinikal berjalan seperti biasa dengan bantuan pakar dari luar Kelantan datang secara berjadual selepas pakar jatung Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini meletak jawatan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, hospital berkenaan dijangka mendapat pakar baharu menjelang pertengahan Disember depan.

"Kita sudah kenal pasti pengganti kepada pakar berkenaan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada pesakit tidak terjejas.

"Pakar turut hadir secara berjadual bagi memastikan operasi perkhidmatan pembedahan jantung di hospital berkenaan dapat diteruskan seperti biasa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

HRPZ II dijangka mendapat pakar baharu menjelang pertengahan Disember depan.
HRPZ II dijangka mendapat pakar baharu menjelang pertengahan Disember depan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kebimbangan orang ramai selepas pakar jantung HPRZ II meletakkan jawatan apabila berita tersebut tular di laman sosial Facebook pada Jumaat.

Terdahulu tular dilaman sosial yang mendakwa pakar bedah jantung telah meletak jawatan sekali gus menyaksikan kes kritikal melibatkan pembedahan jantung terpaksa dirujuk ke negeri lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!