Warga emas dikhuatiri lemas ketika bersihkan kipas bot

PONTIAN – Seorang warga emas dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke laut di jeti nelayan, Jalan Tambak-Pontian Kechil di sini pada Ahad.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 12.02 tengah hari.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu bot aluminium dan dua kenderaan pacuan empat roda bersama 17 anggota bomba dihantar ke lokasi sejauh lima kilometer.

“Mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dipercayai lemas ketika melakukan kerja-kerja pembersihan bilah kipas bot,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan sehingga kini termasuk dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Zon 3.
Ringkasan AI
- Seorang warga emas dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke laut di jeti nelayan, Jalan Tambak-Pontian Kechil
- Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru menerima panggilan kecemasan pada jam 12.02 tengah hari
- Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah bot aluminium dan dua kenderaan pacuan empat roda bersama 17 anggota bomba dihantar ke lokasi
- Mangsa adalah lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dipercayai lemas ketika melakukan kerja-kerja pembersihan bilah kipas bot
- Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan termasuk dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Zon 3
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
