Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Stulang Laut

JOHOR BAHRU – Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung di laut berhampiran Berjaya Waterfront, Stulang Laut, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat wanita warga tempatan berusia 73 tahun itu ditemukan pada jam 9.10 malam.
“Siasatan awal mendapati seorang saksi wanita berusia 36 tahun telah menghubungi pihak polis setelah melihat mangsa terjun ke laut secara tiba-tiba.
“Sebaik mendapat maklumat, sepasukan polis dari Balai Taman Pelangi bersama anggota pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin telah digerakkan ke lokasi.
“Pihak bomba kemudiannya berjaya membawa naik mayat ke darat pada jam 9.30 malam,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa lengkap berpakaian dan tiada kesan unsur jenayah ditemukan pada jasadnya.
Jelas beliau, kematian mangsa juga telah disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Mayat kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik HSA bagi tujuan bedah siasat setelah selesai proses x-ray dan ujian kesihatan.
“Waris terdekat mangsa juga telah dimaklumkan bagi proses pengecaman dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.
Ringkasan AI
- Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung di laut berhampiran Berjaya Waterfront, Stulang Laut
- Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat melaporkan mayat wanita berusia 73 tahun itu ditemukan
- Saksi melihat mangsa terjun ke laut tiba-tiba dan polis bersama pasukan bomba digerakkan ke lokasi
- Mayat wanita tersebut dinaikkan ke darat oleh pasukan bomba pada jam 9.30 malam
- Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan tiada kesan jenayah pada mayat dan proses bedah siasat dijalankan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
