Lubang benam: Jalan Burma di George Town tutup sementara

Anggota warden trafik MBPP dan polis ditempatkan di lokasi bagi mengawal aliran lalu lintas. Foto Facebook MBPP
Anggota warden trafik MBPP dan polis ditempatkan di lokasi bagi mengawal aliran lalu lintas. Foto Facebook MBPP
A
A
A

GEORGE TOWN - Jalan Burma di sini ditutup sementara pada Ahad susulan kejadian lubang benam berhampiran simpang masuk ke Jalan Transfer.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan penutupan membabitkan kedua-dua arah dari Jalan Penang iaitu dari Komtar dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menuju ke Jalan Burma, bagi membolehkan kerja pembaikan segera dilakukan.

Susulan itu, pengguna jalan raya akan dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong sepanjang tempoh pembaikan.

Jalan Burma di George Town ditutup sementara pada Ahad kerana lubang benam. Foto Facebook MBPP
Jalan Burma di George Town ditutup sementara pada Ahad kerana lubang benam. Foto Facebook MBPP

"Anggota warden trafik MBPP dan polis turut ditempatkan di lokasi bagi mengawal aliran lalu lintas,” menurut MBPP menerusi hantaran Facebook.

MBPP menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jalan Burma di George Town ditutup sementara pada Ahad kerana lubang benam
  • Penutupan membabitkan kedua-dua arah dari Jalan Penang ke Jalan Burma
  • Pengguna jalan raya dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong sepanjang pembaikan
  • Anggota warden trafik MBPP dan polis ditempatkan di lokasi untuk mengawal aliran lalu lintas
  • MBPP menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!