Visi Malaysia Madani berjaya, ada parti pembangkang mula ubah pendekatan - Ramanan

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berucap pada Majlis Taklimat Pembudayaan Koperasi dan Usahawan Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. Foto Bernama
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berucap pada Majlis Taklimat Pembudayaan Koperasi dan Usahawan Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Visi Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan berjaya apabila parti politik pembangkang turut mula mengubah pendekatan dengan memberi tumpuan kepada semua kaum, khususnya masyarakat India.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan berkata, ia berikutan pendekatan MADANI inklusif tanpa mengabaikan mana-mana kaum atau golongan dipinggirkan.

"Ini adalah satu daripada sebab utama kita boleh lihat sekarang Pas yang tak pernah sebut mengenai komuniti India (dengan mendekati kaum India) kini telah berubah pendekatannya. (Kini mereka) mula cakap kena jaga komuniti India, nak cari rakan daripada parti pimpinan komuniti India. Kenapa?

"Sebab ini adalah kekuatan daripada MADANI. MADANI adalah untuk semua. Ia merupakan visi untuk menunjukkan semua golongan kaum bersatu padu termasuk Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan Iban," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Pembudayaan Koperasi dan Keusahawanan Negeri Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Ramanan berkata demikian ketika mengulas tindakan parti pembangkang yang kini dilihat mesra kepada kaum India. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Visi Malaysia MADANI digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Parti politik pembangkang mula memberi tumpuan kepada semua kaum termasuk masyarakat India
  • Pendekatan MADANI adalah inklusif dan tidak mengabaikan mana-mana kaum atau golongan
  • PAS yang sebelum ini tidak menyebut tentang komuniti India kini berubah pendekatan dengan mendekati kaum tersebut
  • Visi MADANI bertujuan untuk menunjukkan semua golongan kaum bersatu padu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!