Kos tinggalkan Gaza cecah AS$3,000 sebuah keluarga - UNRWA

UNRWA menggesa masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan bagi meringankan tekanan kewangan dan kemanusiaan yang semakin meningkat terhadap keluarga pelarian di Gaza.
UNRWA menggesa masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan bagi meringankan tekanan kewangan dan kemanusiaan yang semakin meningkat terhadap keluarga pelarian di Gaza.
A
A
A

ANKARA - Kos yang perlu ditanggung sebuah keluarga untuk meninggalkan rumah mereka di Bandar Gaza ketika serangan Israel kini dianggarkan mencecah AS$3,180, kata Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat, ketika kekurangan bahan api, larangan bekalan tempat perlindungan dan ruang sementara yang sesak memburukkan lagi krisis kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan di platform media sosial X, UNRWA menekankan pelbagai cabaran termasuk kekurangan bahan api, larangan hampir tujuh bulan terhadap bekalan tempat perlindungan UNRWA, kesesakan dan kesukaran mencari ruang perlindungan sementara, serta kemerosotan pendapatan isi rumah selepas hampir dua tahun perang.

Infografik yang disertakan menunjukkan anggaran kos bagi sebuah keluarga yang mencari perlindungan: AS$1,000 untuk teksi, AS$2,000 untuk khemah keluarga, dan AS$180 untuk ruang tanah --menjadikan jumlah keseluruhan AS$3,180.

UNRWA menggesa masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan bagi meringankan tekanan kewangan dan kemanusiaan yang semakin meningkat terhadap keluarga pelarian di Gaza.

Sejak 7 Oktober 2023, Israel telah melancarkan serangan genosid terhadap Gaza yang mengakibatkan lebih 65,100 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Ratusan ribu penduduk telah dipaksa berpindah, manakala kebuluran meragut sekurang-kurangnya 440 nyawa warga Palestin, termasuk 147 kanak-kanak. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Keluarga di Bandar Gaza perlu membayar sekitar US$3,180 untuk meninggalkan rumah mereka ketika serangan Israel
  • Kekurangan bahan api dan larangan bekalan tempat perlindungan memburukkan krisis kemanusiaan
  • Anggaran kos perlindungan termasuk US$1,000 untuk teksi, US$2,000 untuk khemah keluarga, dan US$180 untuk ruang tanah
  • UNRWA menggesa masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga pelarian di Gaza
  • Serangan yang dilancarkan Israel sejak 7 Okt 2023 telah menyebabkan lebih 65,100 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!