Misi flotilla: 10 hari lagi sampai Gaza - ZRA

Foto dari udara kedudukan semua kapal GSF di Portopolo, Itali sebelum berlayar ke Gaza.
Foto dari udara kedudukan semua kapal GSF di Portopolo, Itali sebelum berlayar ke Gaza.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mula berlayar ke Greece untuk bergabung dengan pasukan negara lain bagi menyempurnakan usaha menyalur bantuan kepada rakyat Palestin.

ZRA Strim atau nama penuhnya Zainal Rashid Ahmad berkata, pelayaran merentas lautan Mediterranean bermula dari Porto Pollo, Itali itu mengambil masa sekitar 10 hari untuk memecah kepungan sebelum tiba di Gaza.

Tangkap layar video dimuat naik ZRA Strim sebelum memulakan pelayaran ke Greece. Foto: Ihsan pembaca
Tangkap layar video dimuat naik ZRA Strim sebelum memulakan pelayaran ke Greece. Foto: Ihsan pembaca

"Apabila video ini dimuat naik bererti 17 kapal disertai 11 pelayar Malaysia dan seorang pelayar Brunei yang mewakili Sumud Nusantara Flotilla dalam GSF menuju ke Gaza.

"Kami dijangka sampai 10 hari di Gaza dengan lima hari di Greece sebelum bergerak serentak dengan 21 kapal dari Tunisia dan Sepanyol," katanya menerusi hantaran video yang dikongsikan di Facebook pada Jumaat.

Menurutnya, sekitar 300 pelayar dari lebih 40 negara menaiki kapal yang membawa muatan makanan, perubatan dan perisai manusia.

"Doakan misi ini sampai ke sana, sudah habis air mata yang kekal ada dan takkan pernah mati adalah tekad dan usaha.

"Apabila video ini dimuat naik bererti kami belayar keluar meninggalkan teluk Itali. Kami buat rakaman awal kerana ketika layar dinaikkan keadaan menjadi kelam-kabut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla mula berlayar ke Greece untuk menyokong rakyat Palestin
  • Perjalanan dari Porto Pollo, Itali ke Gaza mengambil masa sekitar 10 hari
  • Sekitar 300 pelayar dari lebih 40 negara membawa makanan, perubatan dan perisai manusia
  • Misi bertujuan untuk memecah kepungan dan menyalur bantuan ke Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!