Istana Selangor nafi akaun TikTok palsu manipulasi gambar Tengku Permaisuri

Tangkap layar Facebook Selangor Royal Office.
Tangkap layar Facebook Selangor Royal Office.
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Sultan Selangor menafikan kewujudan sebuah akaun di platform TikTok yang didapati memanipulasi serta menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Pejabat berkenaan memaklumkan bahawa satu laporan polis sudah dibuat terhadap akaun palsu terbabit yang turut dikesan menyalahgunakan gambar individu serta tokoh lain bagi tujuan menipu (scam) pengguna media sosial.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu seumpamanya di semua platform media sosial.

Masyarakat juga diingatkan agar sentiasa peka dalam memastikan kesahihan maklumat sebelum terpengaruh dengan tipu daya penipu siber.

“Orang ramai diminta segera melaporkan kepada pihak pengendali aplikasi sekiranya terdapat akaun yang mencurigakan,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office pada Jumaat.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pejabat Sultan Selangor menafikan kewujudan akaun TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor dengan AI
  • Satu laporan polis sudah dibuat terhadap akaun palsu tersebut
  • Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan akaun palsu di media sosial
  • Masyarakat diingatkan untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum percaya
  • Orang ramai diminta melaporkan akaun mencurigakan kepada pengendali aplikasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!