UMNO Alor Setar edar pek makanan untuk petugas barisan hadapan

Syed Johan (kanan) menyerahkan pek makanan kepada Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar di sini hari ini.
Syed Johan (kanan) menyerahkan pek makanan kepada Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kira-kira 500 pek makanan diedarkan oleh UMNO Bahagian Alor Setar untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan pelbagai agensi di sekitar Bandar Alor Setar yang bekerja keras bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihaknya melaksanakan Foodgrab Wira Negara demi membantu petugas sekali gus sebagai tanda ingatan dan terima kasih kepada mereka yang dianggap wira negara itu apatah lagi mereka terpaksa bekerja dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Kita memahami kesukaran petugas barisan hadapan yang turut menghadapi kesukaran mendapatkan serta membeli bekalan makanan ketika bertugas hingga ada yang terpaksa meminta ahli keluarga menghantar makanan kepada mereka yang mungkin berdepan risiko penyebaran wabak berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.

Syed Mohd Johan berkata, pihaknya akan mengedarkan pek makanan tengah hari dan malam kepada petugas barisan hadapan bermula hari ini hingga 31 Mac depan.

"Untuk hari ini, kita agihkan kepada beberapa petugas barisan hadapan seperti kakitangan perubatan, polis dan bomba. Kami juga bercadang mengedarkan makanan untuk pihak media yang menjalankan tugas esok," katanya.

Tambah Syed Mohd Johan, orang awam yang ingin membantu memberi bantuan dana pek makanan kepada petugas penguatkuasaan dan kesihatan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun CIMB atas nama UMNO Bahagian Alor Setar (8006419528).

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi talian 010-4016929 (Zamri), 019-477 3309 (Syed Hafiz), 019-4409955 (Syed Johan),012-4788313 (Mazlan), Safwan (019-4621221) dan Shon (013-4211541)

Artikel Berkaitan: