GISSCO raikan warga kerja sempena ulang tahun ke-50

A
A
A

GISSCO Sdn Bhd (GISSCO) tunggak utama sektor minyak dan gas Malaysia serta syarikat pembekal tenaga kerja Bumiputera pertama berlesen PETRONAS (Lesen 001) meraikan ulang tahun ke-50 dengan majlis GISSCO 50th Years Anniversary Gala Dinner baru-baru ini.

Berlangsung meriah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, majlis makan malam eksklusif itu bukan sahaja memperingati lima dekad kecemerlangan operasi malah turut meraikan 11 warga kerja GISSCO menerusi Anugerah Jasa Setia (Long Service Awards).

Ia merupakan penghargaan istimewa kepada warga kerja yang setia berkhidmat selain mengiktiraf dedikasi dan sumbangan tidak ternilai yang mendefinisikan kejayaan syarikat.

Pengarah Urusan GISSCO, Mohd Khoirul Kamal Rashid berkata, sambutan Jubli Emas 50 tahun itu merupakan bukti komitmen teguh serta bakat luar biasa dalam organisasi.

“Kesebelas individu ini dan seluruh warga kerja GISSCO adalah arkitek sebenar perjalanan kami daripada status perintis kepada kepimpinan berterusan.

“Kesetiaan mereka bukan sahaja mendasari pencapaian korporat tetapi turut menyokong ekonomi negara melalui kecemerlangan berterusan dalam sektor minyak dan gas.

"Sumbangan mereka adalah contoh jelas bagaimana dedikasi individu mampu memacu kejayaan organisasi dan kemakmuran negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis sambutan berkenaan, GISSCO turut melancarkan logo korporat baharu yang melambangkan evolusi, ketahanan dan visi masa depan.

Reka bentuk logo berbentuk bujur melambangkan kesinambungan dan kestabilan dipadankan dengan gradasi emas berkilau sebagai simbol prestij, kejayaan serta “Golden Legacy” yang diraikan pada ulang tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Identiti segar ini mencerminkan kekuatan berterusan GISSCO serta kedudukannya yang strategik untuk pertumbuhan masa hadapan.

Ujar Mohd Khoirul, sambutan ulang tahun ke-50 GISSCO bukan sekadar imbasan sejarah tetapi juga hasrat strategik syarikat terus membina warisan gemilang, memacu inovasi dan kekal selaku peneraju dalam sektor minyak dan gas Malaysia untuk masa hadapan.

Istimewanya, majlis gala turut mengenang visi pengasas GISSCO, Tuan Haji Mohammad Rashid, seorang bekas pekerja Shell berasal dari Miri, Sarawak yang menubuhkan GISSCO pada tahun 1975 sekali gus mencipta sejarah sebagai Bumiputera pertama menubuhkan syarikat minyak dan gas di Malaysia.

Bermula dengan perkhidmatan katering dan pembekalan makanan, kemudian berkembang ke bidang pembekalan tenaga kerja serta perkhidmatan khusus termasuk memperkenalkan perkhidmatan slickline pada tahun 1989 yang menjadi asas legasi GISSCO dalam industri tenaga negara.

 

Ringkasan AI

  • GISSCO Sdn Bhd merupakan tunggak utama sektor minyak dan gas di Malaysia serta syarikat pembekal tenaga kerja Bumiputera pertama berlesen PETRONAS
  • Meraikan ulang tahun ke-50 dengan majlis Gala Dinner di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur
  • Majlis tersebut turut meraikan 11 warga kerja melalui Anugerah Jasa Setia sebagai penghargaan atas dedikasi dan sumbangan mereka
  • Pelancaran logo korporat baharu simbolik kepada evolusi, ketahanan dan visi masa hadapan GISSCO
  • Visi pengasas GISSCO, Tuan Haji Mohammad Rashid, menjadi inspirasi, memulakan syarikat pada tahun 1975 dan berkembang dari perkhidmatan katering kepada pelbagai perkhidmatan khusus dalam sektor tenaga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!