Pekerja pembersihan sambilan ditahan cabul budak sembilan tahun di tandas awam

KULAI – Polis menahan seorang pekerja pembersihan sambilan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun sembilan bulan di sebuah tandas awam di Jalan Jambu Air, Taman Iris.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian itu dilaporkan oleh nenek mangsa yang membuat laporan polis kira-kira jam 9.29 malam pada 14 September lalu.
“Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mangsa yang juga cucu pengadu telah dicabul oleh seorang lelaki ketika berada di dalam tandas awam terbabit.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai berjaya menahan suspek kira-kira jam 5.45 petang pada Khamis di sekitar kawasan Kulai,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, semakan rekod mendapati lelaki tempatan berusia 32 tahun itu mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes jenayah seksual.
“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sama ada suspek turut terbabit dalam kes jenayah lain di dalam atau luar daerah Kulai.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai pada Jumaat untuk permohonan reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
Ringkasan AI
- Polis menahan seorang pekerja pembersihan sambilan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah tandas awam di Taman Iris, Kulai
- Kejadian vabul itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam dan dilaporkan oleh nenek mangsa pada malam yang sama
- Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan kira-kira jam 5.45 petang pada Khamis oleh pegawai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai
- Suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes jenayah seksual
- Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

