Tanah runtuh: Mangsa meningkat 11 orang, 2 maut dan seorang kanak-kanak hilang

Anggota JBPM Sabah masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul pada Isnin.
Anggota JBPM Sabah masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul pada Isnin.
A
A
A

PAPAR – Dua individu termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan maut manakala seorang lagi masih hilang selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Marahang Tuntul, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu, mangsa yang terkorban merupakan seorang wanita berusia 32 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.

Seorang lagi mangsa, iaitu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat sedang dilakukan oleh pasukan bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.20 pagi.

Katanya, seramai 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 13 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

“Menurut komander operasi, terdapat kejadian tanah runtuh yang menghempap rumah dan tiga mangsa dilaporkan terlibat.

“Dua mangsa tertimbus berjaya ditemui meninggal dunia oleh pasukan bomba, masing-masing pada jam 4.20 petang dan 4.25 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis, manakala seorang lagi mangsa masih dalam pencarian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Pisar berkata, maklumat lanjut mengenai operasi itu akan dikemas kini dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua individu termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul
  • Mangsa yang maut adalah seorang wanita berusia 32 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun
  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun masih hilang dan operasi pencarian masih berlangsung
  • Pihak bomba menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada jam 9.20 pagi
  • Seramai 16 anggota bomba dikejarkan ke lokasi yang berjarak 13 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!