Wanita pukul ibu ditahan

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - Seorang wanita berusia 30 tahun yang memukul ibunya hingga berdarah kepala dalam kejadian Rabu lalu di Taman Sri Gombak berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Selasa.

Menurutnya, kes disiasat di bawah 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang anak sanggup memukul ibunya sehingga berdarah kepala selepas tidak berpuas hati ditegur kerap keluar malam dan balik lewat.

Mangsa berusia 62 tahun dipukul dengan satu objek yang digenggam di tangan kanan suspek menyebabkan kepala warga emas itu berdarah.

Mangsa mendapatkan bantuan jiran yang bertindak menghubungi polis sebelum dibawa ke balai untuk membuat laporan seterusnya menerima rawatan lanjut di Hospital Selayang

Artikel Berkaitan: