Petani rayu sumbangan bantu kos perubatan dua anak sakit

IPOH - Bapa kepada dua orang anak yang mempunyai masalah kesihatan serius merayu sumbangan orang ramai bagi membiayai kos perubatan setiap bulan.
Seorang petani di Cameron Highlands, Law Sang, 71, berkata, anak perempuannya yang berusia 40 tahun mengalami masalah kesihatan mental dan kanser payudara tahap empat.
Sang berkata, anak lelakinya yang berumur 32 tahun pula kini mengalami kecederaan otak dan leher akibat kemalangan jalan raya sejak dua tahun lepas.
"Saya memerlukan kira-kira RM10,000 setiap bulan untuk menanggung kos perubatan dan rawatan kedua-duanya. Selain itu, saya perlu membayar RM2,600 untuk menyewa ambulans setiap dua bulan sekali bagi mereka menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"Saya hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan hasil menanam sayur-sayuran di atas tanah seluas 0.8 hektar sahaja,” katanya pada sidang media berkaitan masalah dihadapinya itu di sini pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Sang boleh menghubunginya di talian 019-516 8338 untuk maklumat lanjut. - Bernama
Ringkasan AI
- Bapa kepada dua orang anak dengan masalah kesihatan serius memerlukan sumbangan untuk biaya perubatan bulanan
- Anak perempuannya berusia 40 tahun mengalami masalah kesihatan mental dan kanser payudara tahap empat
- Anak lelakinya yang berumur 32 tahun mengalami kecederaan otak dan leher kerana kemalangan jalan raya
- Memerlukan kira-kira RM10,000 setiap bulan untuk kos perubatan dan RM2,600 setiap dua bulan untuk sewa ambulans
- Pendapatannya sebagai petani hanya RM4,000 sebulan, orang ramai boleh menghubungi Mohd Rawi Abdullah untuk sumbangan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
