Lelaki rosakkan mesin ATM, kereta guna cangkul ditahan

Polis menahan seorang lelaki selepas merosakkan mesin pengeluaran automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan kereta di hadapan sebuah bank menggunakan cangkul di Taman Bukit Dahlia. Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki selepas merosakkan mesin pengeluaran automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan kereta di hadapan sebuah bank menggunakan cangkul di Taman Bukit Dahlia. Gambar hiasan
A
A
A

PASIR GUDANG – Polis menahan seorang lelaki selepas merosakkan mesin pengeluaran automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan kereta di hadapan sebuah bank menggunakan cangkul di Taman Bukit Dahlia.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Vikra Mathitthan @ Victor Genason berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.46 pagi, pada Selasa.

Jslasnya, kejadian tersebut dilaporkan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun dan video insiden tersebut tular dalam media sosial.

"Bertindak atas maklumat polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang juga suspek kejadian

"Turut dirampas, sebatang cangkul dipercayai digunakan semasa kejadian dan dadah jenis syabu seberat 0.9 gram," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek memiliki enam rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati lelaki itu positif methamphetamine.

"Suspek kini direman selama tiga hari hingga 19 September untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan:

Vikra Mathitthan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat.

 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki di Pasir Gudang kerana merosakkan mesin ATM, CDM, dan kereta dengan cangkul
  • Kejadian berlaku di Taman Bukit Dahlia pada jam 7.46 pagi, Selasa
  • Suspek adalah lelaki tempatan berusia 54 tahun dengan enam rekod lampau jenayah dan dadah
  • Suspek positif methamphetamine dan direman tiga hari untuk siasatan
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya 1952

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!