Lelaki maut dipukul dengan cangkul gara-gara melintas tanah jiran

Bahan bukti berupa cangkul diperiksa polis.Foto: Agensi
Bahan bukti berupa cangkul diperiksa polis.Foto: Agensi
A
A
A

SUMATERA UTARA– Seorang lelaki berusia 50 tahun, Eduar Hulu, maut selepas dipukul berulang kali dengan cangkul oleh jirannya sendiri, Seferius, 34, di Kabupaten Nias Selatan, Indonesia dalam kejadian pada Khamis lalu.

Insiden tragik itu berlaku dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila tanah miliknya dilintasi tanpa kebenaran.

Menurut Ketua Polis Nias Selatan, AKBP Ferry Mulyana Sunarya, suspek sebelum itu telah melarang sesiapa pun menggunakan jalan di atas tanahnya untuk ke Sungai Masio, namun mangsa tetap melintasi kawasan tersebut hingga mencetuskan pertengkaran.

“Suspek kemudian menyerang mangsa dari belakang menggunakan cangkul beberapa kali hingga mengenai kepala, mengakibatkan luka parah,termasuk sebahagian otak mangsa terkeluar.

"Mangsa kemudian rebah di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sejurus dibawa ke Hospital Dr Thomsen Gusit untuk mendapatkan rawatan," jelas Ferry kepada wartawan pada Jumaat.

Selepas kejadian, suspek menyerahkan diri kepada polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Resor Lahusa untuk tindakan lanjut.

Suspek bakal berdepan hukuman mengikut Pasal 338 subsider Pasal 351 ayat (3) KUHP Indonesia, iaitu pembunuhan atau penganiayaan yang mengakibatkan kematian.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki berusia 50 tahun, Eduar Hulu, maut dipukul dengan cangkul oleh jirannya
  • Kejadian di Kabupaten Nias Selatan, Indonesia berpunca daripada perselisihan mengenai lintasan tanah
  • Suspek, Seferius, 34, tidak berpuas hati mangsa melintasi tanahnya tanpa kebenaran
  • Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami luka parah dan meninggal dunia di hospital
  • Suspek menyerahkan diri dan berdepan hukuman pembunuhan atau penganiayaan yang mengakibatkan kematian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!