[VIDEO] Tanah runtuh: Seorang maut, empat lagi berjaya keluar dari runtuhan

A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang maut tertimbus manakala empat lagi sempat menyelamatkan diri daripada runtuhan tanah yang menghempap sebuah rumah di Kampung Cenderakasih di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, runtuhan tanah bukit di kawasan berkenaan menyebabkan 11 individu terjejas.

Pasukan bomba dan orang ramai di lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kota Kinabalu. Foto JBPM Sabah
Pasukan bomba dan orang ramai di lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kota Kinabalu. Foto JBPM Sabah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.02 pagi.

Katanya, seramai 18 anggota termasuk unit K9 bergegas ke lokasi yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Lintas.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, runtuhan tanah bukit di kawasan berkenaan menyebabkan 11 individu terjejas. Foto JBPM Sabah
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, runtuhan tanah bukit di kawasan berkenaan menyebabkan 11 individu terjejas. Foto JBPM Sabah

“Sebaik tiba, didapati benar berlaku runtuhan tanah yang menghempap sebuah rumah dan terdapat 11 mangsa dilaporkan terlibat.

Artikel Berkaitan:

“Empat mangsa berjaya keluar dengan selamat manakala seorang lagi ditemui pasukan penyelamat, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

No Image Caption

No Image Caption

Beliau menambah, maklumat lanjut berhubung operasi akan dikemas kini dari masa ke masa.

Ringkasan AI

  • Seorang maut tertimbus dalam runtuhan tanah di Kampung Cenderakasih, Kota Kinabalu
  • Empat orang sempat menyelamatkan diri dari runtuhan tersebut
  • Runtuhan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, mengakibatkan 11 individu terjejas
  • Pasukan penyelamat termasuk unit K9 bergegas ke lokasi kejadian
  • Operasi penyelamatan diteruskan, maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!