Jari budak membengkok akibat dipaksa siapkan kerja sekolah

Mangsa dipaksa ibu bapa menyelesaikan kerja sekolah tanpa henti. - Agensi
Mangsa dipaksa ibu bapa menyelesaikan kerja sekolah tanpa henti. - Agensi
A
A
A

BEIJING – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun di Changsha, wilayah Hunan, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kebas anggota badan dan jari membengkok seperti ‘cakar ayam’ atau ” (carpopedal spasm) akibat menyiapkan kerja sekolah cuti musim panas dalam masa sehari tanpa henti.

Liangliang dilapor mula menulis dari jam 8 pagi hingga 10 malam pada 26 Ogos lalu kerana tekanan daripada ibu bapanya untuk menyiapkan semua tugasan sebelum sekolah dibuka semula.

Menjelang jam 11 malam, dia mengalami pernafasan laju, pening, sakit kepala dan kebas pada tangan serta kaki sebelum segera dibawa ke hospital.

Doktor mengesahkan Liangliang mengalami hiperventilasi iaitu gangguan pernafasan apabila seseorang bernafas terlalu cepat dan dalam, biasanya akibat tekanan emosi.

Keadaan itu menyebabkan kekejangan otot hingga jarinya melentik seperti ‘tangan cakar’.

Menurut Hospital Pusat Changsha, jabatan kecemasan pediatrik mereka menerima lebih 30 remaja dengan simptom sama sepanjang Ogos, peningkatan sepuluh kali ganda berbanding bulan lain.

Pakar kanak-kanak, Dr Zhang Xiaofo berkata tekanan akademik melampau dan kegelisahan emosi menjadi pencetus utama dan kes serius boleh membawa maut.

Sebagai langkah kecemasan, pesakit perlu ditenangkan dan diminta bernafas ke dalam beg kertas atau plastik untuk menstabilkan kadar pernafasan.

Kes Liangliang tular di media sosial China, dengan netizen mengingatkan pentingnya pengurusan masa dan mengelakkan sikap menangguh kerja sekolah sehingga saat akhir. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Budak lelaki 11 tahun di Changsha dikejarkan ke hospital kerana kebas anggota badan dan jari membengkok akibat menyiapkan kerja sekolah dalam sehari
  • Liangliang mulai menulis dari jam 8 pagi hingga 10 malam kerana tekanan daripada ibu bapanya
  • Mengalami hiperventilasi akibat tekanan emosi yang menyebabkan pernafasan laju, pening, dan sakit kepala
  • Hospital Pusat Changsha menerima lebih 30 remaja dengan simptom sama sepanjang Ogos
  • Tekanan akademik melampau dan kegelisahan emosi menjadi pencetus utama, dengan kes serius boleh membawa maut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!