Mayat wanita reput dekat KLIA: 12 saksi dirakam keterangan

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam 12 keterangan saksi berhubung mayat seorang wanita berusia dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan reput berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 September lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata, identiti mangsa berkenaan juga tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat yang sudah reput.

"Setakat ini, seramai 12 keterangan saksi diambil, tetapi masih tiada petunjuk (ditemui) dan siasatan masih diteruskan

"Identiti wanita berkenaan tidak (dapat) dikenal pasti kerana mayat sudah hancur dan tidak boleh kesan bahagian untuk pengesanan pengenalan diri," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Azman berkata, tiada sebarang penahanan suspek dilakukan dalam kes berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan, mayat seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan reput berhampiran KLIA.

Azman dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 7.50 malam mengenai penemuan mayat berkenaan.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Serdang mendapati empat kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!