Isu Kampung Sungai Baru: Akmal Saleh 'sekolahkan' Fadhli Shaari

Laporan Sinar Harian pada Khamis berhubung kenyataan Ahmad Fadhli mengenai isu Kampung Sungai Baru. Gambar kecil: Muhamad Akmal
Laporan Sinar Harian pada Khamis berhubung kenyataan Ahmad Fadhli mengenai isu Kampung Sungai Baru. Gambar kecil: Muhamad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan pengosongan terhadap 179 penduduk Kampung Sungai Baru sebagai tergesa-gesa.

Dr Muhamad Akmal berkata, Ahmad Fadhli sepatutnya tahu bahawa kerajaan menggunakan akta pengambilan tanah untuk tujuan pengambilalihan pada 2021 di mana ketika itu Pas ialah sebahagian daripadanya.

"Fakta yang perlu kita tahu adalah kerajaan menggunakan akta pengambilan tanah untuk mengambil alih tanah di Kampung Sungai Baru pada 2021 dan ketika itu anda (Pas) juga sebahagian daripada kerajaan.

"Titik. jangan salahkan orang lain," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Ahmad Fadhli sebelum ini dilapor mengecam tindakan pemaju yang melaksanakan pengosongan terhadap penduduk Kampung Sungai Baru berasaskan perintah mahkamah melalui Order 89.

Kata beliau, perbuatan itu disifatkan melampaui batas kemanusiaan.

Jelas ahli Parlimen Pasir Mas tersebut, operasi juga dilihat tergesa-gesa memandangkan rayuan penangguhan penduduk dijadualkan dibicarakan di Mahkamah Rayuan pada 3 Oktober depan.

Ahmad Fadhli berpandangan, pemaju sepatutnya menunjukkan budi bicara dengan menunggu proses rayuan selesai terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO menempelak kenyataan Ketua Penerangan Pas tentang pengosongan Kampung Sungai Baru
  • Kerajaan guna akta pengambilan tanah untuk pengambilalihan pada 2021, Pas dalam kerajaan waktu itu
  • Pemaju laksanakan pengosongan berasaskan perintah mahkamah
  • Ahmad Fadhli sifatkan tindakan itu melampaui batas kemanusiaan
  • Operasi pengosongan dilihat tergesa-gesa, ada rayuan penangguhan penduduk di Mahkamah Rayuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!