'Saya, keluarga tak tahu nak pergi ke mana' - Rafidah Ibrahim

Tangkap layar video Rafidah ketika operasi pengosongan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru, di sini pada Khamis. Kredit/ TikTok @ratunagahq
Tangkap layar video Rafidah ketika operasi pengosongan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru, di sini pada Khamis. Kredit/ TikTok @ratunagahq
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Terus-terang cakap, saya, keluarga dan anak tak tahu nak pergi ke mana. Rumah saya dah tentu dirobohkan (rumah flat), sekarang saya menumpang di rumah jiran."

Demikian luah pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim ketika ditemui media susulan operasi pengosongan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru, di sini pada Khamis.

Rafidah mendakwa, pemaju bersungguh-sungguh mahu memastikan penduduk diusir dan keluar daripada kawasan itu untuk tujuan pengambilalihan tanah.

Dakwanya lagi, pemaju sebelum ini turut mengupah gengster untuk mengusir penduduk dan kali ini menggunakan khidmat polis pula.

"Tak kisahlah katanya sedang bertugas atau apa, mana hati perut? Sepatutnya hari ini pengosongan, tetapi mereka pecahkan dan bawa keluar semua barang, main letak sesuka hati.

"Saya nak tanya adakah pemaju ini lebih berkuasa daripada kerajaan sebab saya tengok macam ada lesen besar.

"Sepatutnya ada rayuan penangguhan di mahkamah pada 3 Oktober, tak lama kurang sebulan sahaja lagi. Tetapi, pendaftar letak 11 September (hari ini) untuk pengosongan," katanya.

Sinar Harian melaporkan, kekecohan tercetus apabila sekumpulan penduduk enggan memberi kerjasama semasa operasi pengosongan Kampung Sungai Baru.

Dalam insiden berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di bahagian muka ketika cuba membubarkan penduduk yang merempuh kawalan polis untuk memasuki kawasan operasi.

Artikel Berkaitan:

Lokasi sekitar kampung terbabit dikawal ketat polis seawal jam 7 pagi, manakala anggota keselamatan turut mengarahkan penduduk bersurai bagi memastikan situasi berjalan lancar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!