Tiga ditahan kes kecederaan OCPD Dang Wangi - KPN

Mohd Khalid
Mohd Khalid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki ditahan berhubung insiden menyebabkan kecederaan Ketua Polis Daerah, Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman semasa operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru di sini pada Khamis.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tiga lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, ketika ini Sulizmie Affendy telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Keadaan beliau dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat. Beliau mengalami luka dalam penugasan operasi berkenaan.

"Saya percaya beliau mendapat rawatan sempurna," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Simposium Sains Forensik Kebangsaan untuk Penguatkuasaan Undang-undang (NAFSLE) Edisi ke-6 2025 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini pada Khamis.

Tambah Mohd Khalid, tindakan yang dilaksanakan pihak berkuasa adalah mengikut dasar undang-undang.

Jelasnya, insiden berkenaan merupakan suasana yang mungkin merasakan tidak puas hati pihak terbabit.

"Kita menguatkuasakan undang-undang disebabkan mahkamah sudah mengeluarkan perintah, pampasan sudah dibayar dan sebagainya. Mungkin ada sedikit perkara yang tidak memuaskan hati pihak tertentu (sehingga menyebabkan kekecohan).

"Keselamatan negara dan di kawasan kampung berkenaan adalah baik dan terkawal. Kita juga sentiasa meningkatkan pengawasan dan sebagainya bagi memastikan Kuala Lumpur dan kawasan berkenaan berada dalam keadaan yang baik dan selamat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Khalid menasihatkan sebagai sebuah negara yang harmoni, masyarakat supaya mengekalkan ketenteraman dan keselamatan semua pihak.

"Jangan bertindak membuta tuli. Pastikan maklumat yang diterima dan sebagainya daripada sumber yang sahih dan benar supaya perkara yang berlaku itu dapat diawal dengan baik dan sempurna," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!