Pusat Bandaraya Kuala Terengganu 'lockdown'

Sunyi...hanya ada motosikal pihak polis yang mengawal keadaan. Foto: Ihsan pembaca Gambar kecil: Roslee
Sunyi...hanya ada motosikal pihak polis yang mengawal keadaan. Foto: Ihsan pembaca Gambar kecil: Roslee
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu hari ini mengambil keputusan menutup semua laluan utama masuk ke pusat bandar raya di sini bermula hari ini bagi mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, orang ramai tidak dibenarkan sama sekali masuk ke kawasan pusat bandar tanpa tujuan kecuali ada urusan penting sahaja.

"Selepas ini, semua kenderaan yang hendak masuk ke pusat bandar akan ditahan di laluan utama dan mereka mempunyai alasan munasabah sahaja dibenarkan masuk.

"Bagi individu yang memaklumkan untuk ke tempat kerja, mereka perlu menunjukkan bukti daripada jabatan atau syarikat tempat mereka bertugas sebelum dibenarkan masuk.

"Selain itu bagi individu yang sakit atau hendak membeli ubat, makanan dan serta lain -lain urusan yang dianggap perlu sahaja dibenarkan masuk," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Roslee berkata, semua jalan utama ditutup sepanjang tempoh ini adalah antara usaha pihaknya untuk mengurangkan pergerakan orang ramai yang tiada hala tujuan di kawasan pusat bandar tersebut.

Laluan utama yang ditutup bermula hari ini. Foto: Ihsan pembaca
Laluan utama yang ditutup bermula hari ini. Foto: Ihsan pembaca

Artikel Berkaitan: