Wanita dakwa suami hampir terkena serangan jantung akibat vape, minuman tenaga

Hazwani membawa suaminya menjalani pemeriksaan kesihatan selepas melihat keadaannya semakin lemah.
Hazwani membawa suaminya menjalani pemeriksaan kesihatan selepas melihat keadaannya semakin lemah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila suaminya hampir terkena serangan jantung selepas menunjukkan bacaan elektrokardiogram (ECG) yang tidak normal dipercayai berpunca daripada penggunaan rokok elektronik atau vape dan minuman tenaga berperisa buah dalam bentuk serbuk

Nur Hazwani Burahnuddin, 28, yang juga seorang petugas di sebuah hospital berkata, suaminya pada awalnya mengadu sakit di bahagian dada.

Menurutnya, suaminya tidak menunjukkan gejala kesihatan yang ketara sebelum kejadian, namun selepas pengambilan kerap minuman tenaga dan vape, dia mula mengalami degupan jantung yang tidak menentu dan keletihan melampau.

Hazwani
Hazwani

Susulan itu, Hazwani membawa suaminya menjalani pemeriksaan kesihatan selepas melihat keadaannya semakin lemah.

Hasil ujian ECG menunjukkan bacaan yang tidak normal, sesuatu yang menurut doktor boleh membawa kepada serangan jantung secara mengejut jika tidak ditangani segera.

Bagaimanapun hasil ujian yang dibuat kali kedua menunjukkan suaminya berada dalam keadaan baik.

Doktor membuat kesimpulan, vape dan minuman tenaga yang membuatkan bacaan ECG itu tidak normal sekali gus berisiko mendapat serangan jantung.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Hazwani menyeru orang ramai, khususnya golongan lelaki muda yang sering mengambil minuman tenaga dan menghisap vape agar segera berhenti sebelum terlambat.

Hazwani turut mendedahkan jenis minuman tenaga yang diambil oleh suaminya iaitu dalam bentuk serbuk perisa buah seperti mangga, anggur dan terbaru oren yang perlu dicampurkan dengan air sebelum diminum.

Minuman seperti ini dipercayai mengandungi kafein yang sangat tinggi, pemanis tiruan dan bahan kimia perangsangn lain yang boleh menjejaskan sistem kardiovaskular jika diambil secara kerap atau berlebihan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!