Wanita dakwa dimasukkan hospital akibat amal minum matcha

Lynn mendakwa tabiat minum matcha menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Foto: Lynn Shazeen / SWNS
Lynn mendakwa tabiat minum matcha menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Foto: Lynn Shazeen / SWNS
A
A
A

WASHINGTON – Seorang wanita mendakwa dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan drip intravena (IV) selepas mengalami jantung berdebar akibat tabiat minum teh matcha.

Menurut laporan The Mirror, Lynn Shazeen, 28, mula mengambil matcha enam bulan lalu dan sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai langkah menjaga kesihatan.

Bagaimanapun, jururawat itu memaklumkan, dia mula mengalami keletihan melampau, rasa sejuk dan degupan jantung tidak teratur selepas tiga bulan mengamalkan minuman itu sehingga mendorongnya mendapatkan rawatan di hospital.

“Saya tidak sangka pengambilan matcha seminggu sekali boleh memberi kesan sebegini.

"Sebaik sahaja nampak bacaan zat besi turun mendadak, saya tahu ia berpunca daripada matcha,” katanya.

Lynn berkata, dia berhenti serta-merta daripada minum matcha dan hanya mengambil teh biasa berikutan kejadian itu.

Bagaimanapun, pakar pemakanan, Dr Emma Beckett memberitahu portal 9honey, beliau skeptikal dengan kisah tersebut kerana pengambilan matcha dalam kuantiti sederhana lazimnya tidak menimbulkan masalah.

Menurutnya, masalah kekurangan zat besi dalam kalangan wanita muda adalah perkara biasa disebabkan diet ketat serta kehilangan darah ketika haid.

"Apa yang penting, elakkan minum teh ketika pengambilan makanan tinggi zat besi atau suplemen," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, teh adalah minuman sihat dan orang ramai tidak sepatutnya terpengaruh dengan kisah sebegini sehingga takut untuk menikmatinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!