Calon SPM maut dalam perjalanan ke sekolah

Muhamad Ariq Azlan maut yang dalam perjalanan ke sekolah akibat kemalangan jalan raya - Foto IPD Kulai
Muhamad Ariq Azlan maut yang dalam perjalanan ke sekolah akibat kemalangan jalan raya - Foto IPD Kulai
A
A
A

KULAI – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam perjalanan ke sekolah selepas terlibat kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 6, Jalan Kulai – Kota Tinggi pada pagi Rabu.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Ariq Azlan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahmad Putra.

Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut yang dalam perjalanan ke sekolah maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 6, Jalan Kulai – Kota Tinggi pada pagi Rabu. - Foto tular

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, maklumat mengenai nahas membabitkan dua buah motosikal, kereta dan lori itu diterima pada kira-kira jam 7.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah motosikal Yamaha 135LC ditunggang seorang lelaki berusia 54 tahun.

“Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua motosikal terbabas dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 20 tahun.

Nahas empat kenderaan di Kilometer 6, Jalan Kulai – Kota Tinggi pada pagi Rabu. - Foto IPD Kulai
Nahas empat kenderaan di Kilometer 6, Jalan Kulai – Kota Tinggi pada pagi Rabu. - Foto IPD Kulai

"Kedua-dua motosikal kemudian terbabas ke lorong bertentangan dan dilanggar sebuah lori Hicom dipandu lelaki berusia 59 tahun yang tidak sempat mengelak," katanya dalam kenyataan pada petang Rabu

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, pelajar berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal berusia 54 tahun cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Kulai.

Nahas empat kenderaan di Kilometer 6, Jalan Kulai – Kota Tinggi pada pagi Rabu. - Foto IPD Kulai
Nahas empat kenderaan di Kilometer 6, Jalan Kulai – Kota Tinggi pada pagi Rabu. - Foto IPD Kulai

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!