Penuntut Malaysia di Mesir jangan pandang remeh Covid-19

Seorang pekerja mensterilkan bangunan di kawasan Al-Zeitoun, Kaherah, Mesir. - Foto Xinhua
Seorang pekerja mensterilkan bangunan di kawasan Al-Zeitoun, Kaherah, Mesir. - Foto Xinhua
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Malaysia di Kaherah (KBMK) menasihatkan penuntut Malaysia di Mesir jangan memandang remeh ancaman Covid-19 dan sentiasa mengambil langkah pencegahan.

Menurut KBMK dalam satu kenyataan semalam, pihaknya sentiasa memantau perkembangan berkaitan kes positif Covid-19 di Mesir yang menyaksikan seramai 210 orang dijangkiti dengan enam kematian setakat semalam.

“Pihak berkuasa Mesir menutup semua universiti dan sekolah selama dua minggu bermula 15 Mac.

“Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan penangguhan sementara penerbangan antarabangsa masuk dan keluar di semua lapangan terbang mulai 19 hingga 31 Mac,” kata kenyataan itu hari ini.

Artikel Berkaitan: