Maut dihempap mesin pengangkut konkrit

Seorang buruh maut akibat dihempap mesin pengangkut konkrit di sebuah tapak pembinaan di Taman Bukit Senadi, sini pada Isnin. Foto BBP Iskandar Puteri
Seorang buruh maut akibat dihempap mesin pengangkut konkrit di sebuah tapak pembinaan di Taman Bukit Senadi, sini pada Isnin. Foto BBP Iskandar Puteri
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang buruh maut akibat dihempap mesin pengangkut konkrit di sebuah tapak pembinaan di Taman Bukit Senadi, sini pada Isnin.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Jasni Saidin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Iskandar Puteri, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.19 malam.

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan dengan tujuh anggota dihantar ke lokasi sejauh 18 kilometer (km).

"Setibanya anggota bomba ke lokasi pada jam 10.40 malam, didapati berlaku kemalangan di tempat kerja.

"Terdapat seorang pekerja warga Bangladesh berusia 34 tahun dihempap mesin pengangkut konkrit di lokasi.

"Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan rescue tools sehingga selesai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Jasni, mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 11.14 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!