X

Kindly register in order to view this article
!

Marzuki dipecat sebagai Setiausaha Agung Bersatu

Marzuki. Gambar kiri: Surat makluman pemecatan
A
A

SHAH ALAM - Datuk Marzuki Yahya dipecat sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Surat makluman pemecatan itu ditandatangani Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan tindakan berkenaan selaras dengan Fasal 13.9 perlembagaan parti terbabit.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Marzuki atas segala sumbangan dan khidmat bakti pemimpin itu sebagai Setiausaha Agung.

Surat berkenaan yang menyatakan pemberhentian Marzuki sebagai Setiausaha Agung itu turut tular di media sosial.

Sementara itu, Marzuki ketika dihubungi media mengesahkan menerima surat berkenaan yang dihantar ke pejabatnya di Yayasan Selangor semalam.

“Ya, saya mengesahkan terima surat itu semalam. Setakat ini tiada komen apa-apa, tunggu apa kata Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Sebelum ini walaupun berada dalam parti sama, Muhyiddin dan Mahathir didakwa berselisih pendapat susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan membawa Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.

Muhyiddin mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen Bersatu bersama beberapa pemimpin yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan membentuk kerajaan Persekutuan bersama UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sabah (GPS).

Sementara itu, Mahathir pula mendapat sokongan kumpulan anggota Bersatu yang lain termasuk beberapa ahli Parlimen antaranya Dr Maszlee Malik dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!