‘Ingatkan pakai topeng muka, pencuci tangan sudah cukup’

Nor Omar menyampaikan nasihat kepada pengguna jalan raya dalam sekatan jalan raya sekitar Manjung semalam.
Nor Omar menyampaikan nasihat kepada pengguna jalan raya dalam sekatan jalan raya sekitar Manjung semalam.
A
A
A

MANJUNG - Sekumpulan lapan lelaki yang melepak di hadapan sebuah rumah di Taman Samudera di sini, diarahkan untuk bersurai oleh polis yang menjalankan rondaan Ops Bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan, semalam.

Dalam rondaan sekitar jam 10 malam itu, seorang penduduk berusia 27 tahun itu memberi alasan bahawa tindakan mereka itu dibolehkan sekiranya berkumpul sebelum jam 12 tengah malam sahaja.

Mereka juga beranggapan dengan memakai topeng muka serta pencuci tangan pembasmi kuman dengan kerap sudah mencukupi.

Anggota polis kemudiannya memberi nasihat dan sempat menerangkan situasi semasa wabak Koronavirus (Covid-19) yang melanda negara kini.

Nor Omar menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Nor Omar menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Seramai 72 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung terlibat dalam operasi itu bersama Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pejabat Kesihatan Manjung, Sukarelawan Polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya mengambil pendekatan untuk menasihati dan memberi amaran kepada orang ramai sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu.

"Masih ada segelintir masyarakat yang tidak mengikut arahan selain ada juga pengunjung yang berkelah di Teluk Senangin namun selepas diberi nasihat mereka akur dan bersurai.

Artikel Berkaitan:

"Jika masih berlaku lagi dan ingkar sehingga menghalang tugas penjawat awam tindakan akan diambil mengikut Seksyan 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, masyarakat harus mematuhi perintah itu dengan duduk di rumah kecuali mempunyai perkara kecemasan.