'Dah seminggu ayah hilang' - Keluarga mohon doa orang ramai

Kehilangan seorang nelayan warga emas dalam tempoh hampir seminggu di laut di sini terus mengundang rasa pilu keluarga yang masih menanti kepulangan mangsa. Ahmad (kanan).
Kehilangan seorang nelayan warga emas dalam tempoh hampir seminggu di laut di sini terus mengundang rasa pilu keluarga yang masih menanti kepulangan mangsa. Ahmad (kanan).
A
A
A

TUMPAT – Kehilangan seorang nelayan warga emas dalam tempoh hampir seminggu di laut di sini terus mengundang rasa pilu keluarga yang masih menanti kepulangan mangsa. 

Menantu mangsa, Nur Farah Hana Razali, 27, berkata, keluarga reda dengan apa sahaja ketentuan, namun masih tertanya-tanya mengenai keadaan mentuanya, Ahmad Hussin, 71, yang sehingga kini masih belum ditemui. 

“Kalau boleh kami nak tengok jasad dia, baru lega, tapi setakat ini masih tertanya-tanya ayah di mana-mana, ada di lautkah dalam cuaca hujan, panas dan ribut ni, kami tak sedap hati.

“Kami minta sangat kepada orang ramai, kenal atau tidak kenal, sama-sama pakat berdoa, mana tau doa siapa-siapa yang makbul, dapat jumpa ayah,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat. 

Bapa enam anak terbabit disedari hilang kerana tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing di laut menggunakan bot fiber miliknya dari Tanjung Kuala di sini pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. 

Menurut Nur Farah Hana, selepas menerima berita kehilangan itu, dia bersama suami pulang dari Perak dan terus berada di Kelantan untuk menanti perkembangan pencarian.

Kata wanita itu, ibu mentuanya, Che Bunga Yaakob, 63, juga isteri mangsa berada dalam keadaan kesihatan tidak menentu kerana bimbang keadaan bapa mentuanya. 

“Ibu mentua saya tidur tak lena, sekejap-sekejap terjaga kerana terbayang wajah suaminya, makan pun tak lalu dan ada demam. 

“Suami saya sendiri turut tumpang bot penduduk kampung bagi mencari ayah dan berharap dia akan dijumpai,” katanya. 

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan serta bantuan nelayan tempatan sehingga kini belum menemui sebarang petunjuk.

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!