Hampir 2,000 polis digerakkan di Melaka


Polis Melaka sedang melakukan sekatan jalan raya berdekatan Melaka Sentral di sini hari ini.
Polis Melaka sedang melakukan sekatan jalan raya berdekatan Melaka Sentral di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seramai 1,750 pegawai dan anggota polis di negeri ini digerakkan dalam Ops Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Melaka, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, jumlah itu membabitkan kira- kira 70 peratus daripada 2,500 anggota dan pegawai sedia ada yang digerakkan selepas arahan berkenaan dilaksanakan bermula Rabu lalu.

Menurutnya, operasi khas itu membabitkan semua jabatan dan unit termasuk Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Kereta Peronda (MPV) serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

"Sejak dilancarkan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat, sebaliknya masyarakat serta pengguna jalan raya diberikan nasihat untuk tidak berkumpul dan berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Sebanyak tujuh lokasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di tiga di daerah Melaka Tengah Jasin manakala satu di Alor Gajah pada hari ini," katanya ketika sidang akhbar sempena SJR di Melaka Sentral di sini hari ini.


Eng Lai (kiri) turut turun padang ketika sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan berdekatan Melaka Sentral di sini hari ini.
Eng Lai (kiri) turut turun padang ketika sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan berdekatan Melaka Sentral di sini hari ini.

Eng Lai berkata, masyarakat hanya dibenarkan atau diberikan kebenaran keluar sekiranya mempunyai urusan kecemasan selain memberi kerjasama kepada pihak polis.

"Mereka yang didapati menghalang tugas polis, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan atau melakukan tangkapan.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga ini tiada tangkapan dilaksanakan, tetapi kita tunggu fasa seterusnya sekiranya situasi tidak bertambah baik dan tindakan tegas akan diambil," katanya.