Tujuh pusat tahfiz diminta tampil lakukan saringan Covid-19

Annuar Musa - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Annuar Musa - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh pusat tahfiz dan beberapa persatuan yang menyertai perhimpunan Ijtimak Tabligh di Seri Petaling diminta tampil secara sukarela untuk melakukan saringan koronavirus (Covid-19).

Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan maklumat yang diterima sebahagian daripada persatuan tersebut tidak berdaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, buat masa ini pihaknya masih belum boleh memaklumkan jumlah yang terlibat kerana bimbang ia akan mengelirukan sebaliknya menyerahkan kepada pegawai yang terlibat untuk mengambil data mereka dengan lebih terperinci.

AKAN MENYUSUL

Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Wilayah Persekutuan mengenai perkembangan semasa Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan di Hotel Premiera hari ini. Turut hadir ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Hamad Dahlan (tengah) dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim (kiri). - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Artikel Berkaitan: